KEJOHANAN BOLA BALING  PIALA PRESIDEN UniKL (UPC) 2017

KEJOHANAN BOLA BALING PIALA PRESIDEN UniKL (UPC) 2017

Kejohanan Bola Baling PIALA PRESIDEN UniKL 2017 (UPC 2017)

MIIT Handball Club (MHC) dengan kerjasama Harun Handball Club (HHC) buat julung-julung kalinya akan mengadakan Kejohanan Bola Baling Piala Presiden UniKL 2017 (Universiti Kuala Lumpur President Cup/ UPC 2017) di Urban Transformation Centre (UTC) Sentul bermula dari 28 April sehingga 1 Mei 2017.

Setakat ini, UPC 2017 telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari seluruh Malaysia. Sebanyak 16 pasukan lelaki dan 12 pasukan wanita telah mendaftar untuk menyertai kejohanan ini. Di antara beberapa pasukan yang telah mengesahkan kehadiran mereka bagi Kategori Lelaki adalah seperti Blackmax HC and UiTM Legend (Universiti Teknologi MARA) manakala Phalanx Thunder dan Blitz pula akan berentap bagi Kategori Wanita.

UPC 2017 juga telah mendapat kerjasama daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Kelab Sukan Rekreasi dan Komuniti Parlimen Seputeh, Artographic Production dan Malaysian Youth Community.

Objektif UPC 2017 ini adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam arena sukan bola baling tempatan serta sebagai platfom untuk mereka melayakkan diri ke peringkat yang lebih tinggi, sekaligus dapat mengharumkan nama negara.

Selain daripada itu juga, penganjuran UPC 2017 ini juga diharapkan agar dapat meningkatkan pengetahuan dalam teknik-teknik asas bola baling, peraturan dan keselamatan sebelum, semasa dan selepas permainan serta meningkatkan kemahiran berfikir pemain di dalam  menganalisis dan menyelesaikan masalah.

UPC 2017 akan dirasmikan oleh YBhg. Datuk Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii, Pengarah, Majlis Sukan Wilayah Persekutuan manakala Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah pula akan disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mazliham Bin Mohd Su’ud, Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif, Universiti Kuala Lumpur.

Sebarang pertanyaan mengenai UPC 2017 boleh diajukan kepada En Mohamad Hafiz bin Baharum ( mhafizb@unikl.edu.my/ 03 2175 4149 ) selaku Pengarah Projek.

 

The leading IT School with strong hands-on user experience and skills in Malaysia